Sunday, March 4, 2012

Minit Mesyuarat Kali Pertama

MINIT MESYUARAT

PANITIA BAHASA ARAB KALI PERTAMA 2012



Tarikh : 10 JAN 2012

Hari : Selasa

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Guru



Kehadiran :

1. Cik Ruzita bt Ariffin

2. En. Ibrahim b Yunus

3. En. Azmi b Daud



Agenda 1 : Ucapan Pengerusi

-Ucapan syukur dan terima kasih kerana dapat mengadakan mesyuarat Panitia kali Pertama, Semoga perjumpaan kali pertama ini memberikan input terbaik dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar-pelajar khususnya dalam mencapai target KPI panitia yang ditetapkan.



Agenda 2 : mengesahakan minit mesyuarat yang lalu.

-Cadangan : Ust. Azmi bin Daud

-Sokongan : Ust. Ibrahim b Yunus



Agenda 3 : Perkara Berbangkit

-Tiada



Agenda 4 : Visi dan Misi Panitia dan dasar Kurikulum

-Visi ; Mencapai kecemerlangan Akademik

PMR : Meneruskan kecemerlangan dengan pencapaian 100% serta Mencapai target KPI sekolah iaitu 5 5rang mendapat gred A dalam PMR 2012.

-Misi : Melaksanakan aktiviti P&P yang lebih berpusatkan murid dan melaksanakan program-

program yang telah dengan konsisten.



Agenda 5 :Perancangan panitia 2012

-Antara program yang akan dilaksanakan pada tahun 2012 ini ialah;

1. Tahbibul lughah untuk pelajar tingkatan 1

2. Ceramah Motivasi bahasa Arab

3. Labeling tempat-tempat penting

4. Mukhayyam Bahasa Arab

5. Kelas Pemulihan untuk tingkatan 1& 2

6. Ceramah Teknik menjawab PMR

7. Persembahan di Perhimpunan.

8. Kuiz Bahasa Arab

10.Program Rintis KSSM Bahasa Arab Tingkatan 1.



Agenda 6 : Sukatan/Huraian Sukatan dan rancangan Pengajaran

-Guru perlu memastikan Sukatan dan Huraian sukatan adalah yang terkini dan menepati kehendak kementerian Pelajaran.

-Sukatan pelajaran mestilah dihabiskan selewat-lewat bulan Julai bagi tingktan 3 dan september bagi tingkatan yang lain.



Agenda 7 : Buku Rekod Mengajar

-Buku rekod mengajar untuk kali pertama perlu dihantar kepada Tuan Pengetua untuk semakan pada 15 Januari 2012. Guru-guru dinasihatkan agar dapat menyiapkan buku Rekod Mengajar dengan kemas dan mempastikan item-item tertentu dilengkapkan.

-Ulasan/Hasil pengajaran mestilah ditulis dalam bentuk peratus sebagaimana yang dikehendaki oleh Jemaah Nazir.



Agenda 8 : Pencerapan dan semakan buku nota/latihan pelajar

-Pencerapan P&P akan dilaksanakan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pentadbir. Harapan agar guru menggunakan peluang ini untuk memperbaiki P&P dan mengatasi kelemahan yang ada.

-9 buah buku latihan pelajar mesti dihantar kepada pentadbir (3 terbaik, 3 sederhana dan 3 yang lemah). Latihan/kerja/semakan yang dibuat mestilah direkod dalam Buku Persediaan mengajar.



Agenda 9 : BBM dan Perbelanjaan 2012

-Pembelian bahan-bahan bahasa Arab akan dimaklumkan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan dipersetujui oleh Pengetua.

-Perbelanjaan 2012 adalah berdasarkan PCG untuk Bahasa Arab dan akan ditentukan dalam kertas kerja program nanti.

-Anggaran kasar perbelanjaan ialah RM500 (lima ratus) untuk program-program utama sepereti Mukhayyam/Ceramah Motivasi dan Ceramah Teknik Menjawab Soalan PMR.



Agenda 10 : Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2011/PMR 2011.



Tingkatan Jumlah Calon Gred A Gred B Gred C Gred D Gred E % lulus NGP

1 35 1 1 4 9 20 42.9 4.31

2 35 1 3 0 8 23 34.3 4.40

3 (PMR) 10 2 2 5 1 0 100%



-antara punca kelemahan pelajar dalam Subjek Bahasa Arab ialah menganggap subjek ini tidak penting dan tidak pula wajib mengambilnya di peringkat PMR. Justeru penekanan mereka juga tidak seberapa.



Agenda 11 : Target PMR 2012

-Panitia mensasarkan target lulus 100% pada tahun ini dengan bilangan pelajar yang memperolehi Gred A seramai 5 orang.



Agenda 12 : Program Rintis Bahasa Arab KSSM 2012

Sesuai dengan hasrat KPM untuk melaksanakan transformasi pendidikan terutama dalam menghadapi cabaran pendidikan abad 21, Kementerian telah menjalankan program Rintis KSSM 2012. SMK Meranti terlibat dalam subjek Bahasa Arab. Transformasi tersebut adalah penambahbaikan dalam aspek pengajaran merentasi Kurikulum yang ditambah dengan 3 elemen penting; Keusahawanan, Teknologi Maklumat dan Inovasi .Pemantauan akan dilakukan oleh pihak JPN dan juga Bahagian Kurikulum Kementerian Pelajaran.

MAKLUMAN.



Agenda 13 : Hal-hal lain

-Ust.Azmi mencadangkan agar penggunaan BBM perlu dipertingkatkan bagi menarik minat pelajar mempelajari Bahasa Arab selain memperbanyakkan carta-carta.

-Ust Ibrahim meminta agar sistem fail Panitia disediakan mengikut standard dan piawai yang ditetapkan.



Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.50 petang.





Disediakan oleh:



.........................................

(EN. AZMI BIN DAUD)

Setiausaha Panitia Bahasa Arab



Disemak Oleh:





.........................................

(EN IBRAHIM BIN YUNUS)

Ketua Panitia Bhasa Arab





Disahkan Oleh:





.................................

(CIK RUZITA BT ARIFFIN)

Guru Kanan Bahasa

SMk Meranti



No comments:

Post a Comment

Post a Comment